Latest News!

'Lagi banyak cukai baharu jika BN menang'



SHAH ALAM – Pelbagai janji ditabur dalam usaha yang tidak berselindung untuk memperdaya rakyat untuk menyokong BN pada PRU14 akan datang, kata Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ‘ibu segala bajet’ yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak itu ada kelompangan cukup besar di dalam bajet pra-pilihanraya ini.

Menurutnya, ia gagal menunjukkan bagaimana kerajaan akan mengimbangkan perbelanjaan dengan pendapatan.

“Bagaimanakah kerajaan ini akan menepati janji-janji bajet ini, walhal ia belum menunjukkan bagaimana pendapatan kerajaan akan ditambah? Ini langsung tidak ditunjukkan dalam mana-mana bahagian bajet ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Anwar berkata, cuma ada satu penjelasan untuk hal itu iaitu BN akan memperkenalkan cukai-cukai baharu atau peningkatan dan perluasan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dikenakan ke atas rakyat.

“Sekiranya BN memenangi pilihan raya umum ini, saya yakin mereka akan segera mengumumkan cukai-cukai baharu atau peningkatan GST.

“Rakyatlah yang akan menderita dan yang akan menanggung beban ini untuk membolehkan BN melaksana segala janji yang dibuat di dalam bajet ini,” katanya.

Terdahulu, Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2018 di Parlimen dengan mengetengahkan lapan tunjang utama antaranya merancak pelaburan perdagangan dan industri, mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan dan meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam.

Bajet tahun ini juga bertemakan 'memakmur ekonomi yang inklusif, mengimbangi keunggulan duniawi dan ukhrawi demi mensejahtera kehidupan rakyat, menuju aspirasi TN50'.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/lagi-banyak-cukai-baharu-jika-bn-menang-1.751872

No comments:

Post a Comment

Harapan Kedah Designed by PH 2017

Powered by Blogger.
Published By MMFC