Latest News!

Belanjawan 2018, Harapan Untuk Rakyat!



Dalam bajet kali ini Pakatan Harapan memperincikan bagaimana caranya Kerajaan baru menambah hasil dan mengawal Kerajaan supaya tidak boros bagi memenuhi keperluan rakyat.

Bahkan penghapusan GST juga diberi secara detail. Admin sertakan beberapa muka surat dari PDF Bajet Alternatif kepada rakyat.

Dulu British juga pernah kata, Malaya takkan boleh merdeka, Malaya tak boleh ada kerajaan sendiri nanti huru hara. Tapi terbukti kita mampu berubah dan membawa negara kita ke tahap yang lebih baik.

Kini Malaysia diambang perubahan, laksanakan tanggung jawab, yakin pada Kerajaan baru mampu merombak dan merubah segala.

Buang yang keroh, ambil yang jernih. Kita mampu berubah!
-----------------------------------------------------------------------



Belanjawan Alternatif Malaysia 2018 kali ini bertemakan Belanja berhemah, potong cukai dan pilihan Harapan.

Antara 10 intipati Belanjawan Alternatif 2018 oleh PH adalah:

1. Mengapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

2. Pendidikan percuma iaitu membantu penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma untuk rakyat.

3. Pelaksanaan gaji minma Rm1,500 di seluruh negara

4. Rumah mampu milik untuk semua rakyat miliki rumah

5. Menghapuskan rasuah

6. Menghapuskan campurtangan politik dalam Felda

7. Menghapuskan tol dengan membeli balik syarikat konsesi

8. Menaikkan royalti minyak Kelantan, Terengganu,Sabah dan Sarawak sebanyak 20 peratus.

9. Bagi golongan wanita diberikan cuti bersalin sebanyak 120 hari dan paras gaji yang setara dengan pekerja lelaki.

10. Menyediakan dana khas pembangunan bagi Sabah dan Sarawak sebanyak RM75 bilion.

No comments:

Post a Comment

Harapan Kedah Designed by PH 2017

Powered by Blogger.
Published By MMFC