Latest News!

Harapan boleh bawa ROS ke mahkamah



SHAH ALAM - Pakatan Harapan boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (ROS) kerana kegagalannya memberi maklum balas terhadap permohonan pendaftaran mereka.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, permohonan dibuat kepada ROS pada 28 Julai lalu, namun sehingga kini, tiada sebarang respons daripada jabatan berkenaan.

“21 Ogos lalu, kami sekali lagi buat permohonan untuk bertemu ROS bagi bincang perkara tersebut, tetapi tidak dapat jawapan balas.

“Manakala pada 25 Oktober lepas, sekali lagi Pakatan Harapan menghantar notis kepada ROS agar maklum balas diberikan dalam tempoh 14 hari,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, Pendaftar Pertubuhan ROS, Surayati Ibrahim perlu segera menjawab segala permintaan Pakatan Harapan. Berdiam diri tidak menyelesaikan masalah.

“Kami tidak mahu apa yang berlaku terhadap DAP berlaku pada Pakatan Harapan. ROS mengambil masa empat tahun menyelesaikan isu DAP.

“Jika tiada sebarang maklum balas kami tidak teragak-agak membawa isu ini kepada mahkamah,” katanya.

ROS sebelum itu meminta agar Pakatan Harapan melakukan sedikit perubahan dalam logo yang dirangka.

ROS berpendapat bahawa logo tersebut tidak sesuai kerana ia tidak memberi nama penuh pakatan. Mereka mahu kedua-dua perkataan iaitu Pakatan Harapan.

artikel Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment

Harapan Kedah Designed by PH 2017

Powered by Blogger.
Published By MMFC